
BINGKISAN JAMAL BUAT KAUM IBU
PENYANYI tersohor, Jamal Abdillah, 52, tidak pernah putus dengan tawaran biarpun kini penyanyi baharu tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ini kerana, suara hebat dan aura yang dimiliki Jamal sentiasa memukau peminat-peminat tak kira lapisan umur.
Sejak awal tahun ini, Jamal menerima banyak tawaran daripada pihak penganjur yang mahu penyanyi itu mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, Hari Ibu dan Hari Bapa menjelang Jun nanti. [More]